Nota



Panduan membina ayat

Langkah 1:
i.  Lihat gambar tunggal dengan teliti.
ii. Perhatikan objek atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tunggal.
iii.Bulatkan objek atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tunggal.

Langkah 2
i. Tuliskan kosa kata atau rangkai kata yang berkaitan dengan aktiviti atau objek
    yang terdapat dalam gambar tunggal.
ii. Contoh kosa kata:
·         Berkelah di pantai
·         Menghidangkan makanan
·         Berehat sambil membaca buku

Langkah 3
i.   Tuliskan ayat yang lengkap berdasarkan kosa kata atau rangkai kata. Ayat yang
     dibina itu perlu jelas dan sesuai dengan gambar.
ii.  Ayat tersebut mesti mempunyai :
  kata nama + kata kerja + objek + huraian
     contohnya: Kakak sedang mengambil gambar pemandangan dengan menggunakan
                     kamera.
iii. Setelah siap membina ayat, semak semula ayat dan betulkan ejaan, tanda baca,
     imbuhan  dan kosa kata yang digunakan dengan teliti.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kata kerja  1

1.
menanam pokok bunga
2.
menyiram pokok bunga
3.
mencabut rumput
4.
menebas rumput
5.
menyidai baju / menjemur baju
6.
mengecat dinding
7.
menyuntik
8.
memotong sayur
9.
memasak sayur
10.
menggoreng ikan
11.
menanak nasi
12.
menjerang air
13.
menatang hidangan
14.
menjinjing beg
15.
menjunjung bakul
16.
menggalas beg sekolah
17.
memunggah barang
18.
menyelamatkan budak
19.
memadamkan api
20.
menambat kambing
21.
menarik lembu
22.
memberi makanan
23.
mengawasi disiplin murid
24.
memimpin tangan
25.
melintas jalan raya
26.
menyeberangi sungai
27.
Membakar sampah
28.
memanggang ikan
29.
mengemop lantai
30.
mengelap tingkap



Kata kerja  2

1.
menyapu sampah
2.
membuang sampah
3.
menyusun meja
4.
memadamkan papan hitam
5.
meminta tolong
6.
bermain badminton
7.
berjoging
8.
bermain papan gelongsor
9.
bermain jongkang-jongket
10.
bermain buaian
11.
bermain anak patung
12.
mengayuh basikal
13.
membonceng motosikal
14.
terkapai-kapai
15.
mengutih sampah
16.
mengemas bilik
17.
mengopek durian
18.
mengupas oren
19.
meminjam buku
20.
memulangkan wang
21.
melayari internet
22.
membaca buku
23.
mendidik murid-murid
24.
menyanyi
25.
menari
26.
melukis gambar
27.
memaku
28.
menggali lubang / mengorek lubang
29.
menonton filem
30.
Menyaksikan upacara



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara untuk menilai ayat

Contoh ayat-ayat yang lemah

1. Kami sekeluarga pergi bermandi manda.

2. Bapa mengecat rumah.

3. Ibu sedang memasak lauk.

4. Bapa membaca buku.


Contoh ayat-ayat yang sederhana

1. Kami sekeluarga pergi berkelah di pantai.

2. Bapa mengecat rumah dengan menggunakan berus cat.

3. Ibu sedang memasak lauk di dapur.

4. Bapa sedang membaca buku sambil berehat.


Contoh ayat-ayat yang bagus

1. Kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Merdeka.

2. Bapa mengecat dinding rumah dengan menggunakan sebatang berus cat.

3. Ibu sedang sibuk memasak lauk yang sedap di dapur

4. Bapa sedang membaca buku sambil berehat di bawah sepohon pokok.






10 comments:

  1. Baik untuk rujukan murid,syabas!

    ReplyDelete
  2. nota yang berguna kepada anak saya.

    ReplyDelete
  3. Bagus..maklumat ini berguna kepada anak murid..

    ReplyDelete
  4. maklumat yang cukup padat~ terima kasih kerana sudi berkongsi~

    ReplyDelete
  5. Nota ini memang membawa faedah kepada semua.Syabas.

    ReplyDelete
  6. Syabas. Nota yang jelas dan berguna untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  7. Kata kerja yang dirunjuk pada atas adakah berdasar gambar?

    ReplyDelete